Ku Mohon~
Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah pewaris yang paling baik.
< Surah Al-Anbiya' : 89 >
Tika kekhilafan dan kejahilan hamba berlaku,
Tasbih dan kalimah diam membisu,
Kemungkaran terus menundukkan nafsu,
Dek terasa tiada siapa yang tahu.
Astargfirullahal ‘azim..
Jika pada masa mula jatuh cinta,
jawapan mungkin mudah.
Jatuh cinta pada rupa, pada tingkah laku, pada jenaka, pada budi bahasa, pada apa jua yang menarik yang sebabkan tertarik.
Hati sentiasa ingat, makan tidak lalu, tidur tidak lena dan mandi tidak basah.
Semua itu dirasa bila mula BERCINTA.
Kenyataannya. Tiada yang sama antara dua insan,
lelaki dan wanita.
Dari semua segi adalah berbeza, tubuh badan,
perasaan, permikiran,sikap, semuanya berbeza.
Yang sama hanyalah cinta…
Cinta yang menjadi pengikat…
Dua insan lelaki dan wanita yang saling berbeza.
Pengikat itu adalah pemahaman bahawa dua insan bercinta lelaki dan wanita,
adalah dua insan yang berlainan dan berbeza.
Kekuatan ikatan adalah sikap saling hormat menghormati atas pemahaman itu.
Jangan hanya sujud ke “Sejadah” saat susah.
Jangan hanya mengenal “Telekung” & “Kopiah” saat sesak.
Jangan hanya memandang “Kiblat” saat payah.
Jangan hanya teringat “Wudhu” saat lemas.
Jangan hanya mengenal “Tasbih” saat hanyut.
Jangan hanya memandang “Alam” saat alpa.
Wallahua'alam